zaman kini & bakal di jadikan minyak wangi. Sekian kami melapurkan #kipidap
SUDAH GILA KE?.. Jual Beli Seluar Dalam Terpakai ‘Berbau’ Dalam FB
SEJAK kebelakangan ini, memang ramai usahawan yang memulakan perniagaan secara atas talian
atau online kerana mudah dan seiring dengan dengan perkembangan semasa.
Boleh kata, apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang anda mahukan ada dalam pasaran online.
Namun, dalam banyak-banyak benda, paling tidak disangka-sangka apabila wujud urusan jual beli
seluar dalam terpakai secara online di Facebook.
Apa yang paling memalukan, gejala ini bukan hanya berleluasa di luar negara, namun sebenarnya
telah berjangkit menjadi ikutan rakyat Malaysia.
Malah, apa yang mengejutkan kami apabila mengetahui group khas bagi urusan jual beli seluar dalam
terpakai ini mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menarik hampir 600 ahlinya.
Tujuan urusan jual ini tidak lain dan tidak bukan bagi memuaskan nafsu si lelaki miang yang gilakan
aroma bau seluar dalam wanita terpakai!
Apa yang peliknya, ramai pula golongan wanita sama ada masih belum berkahwin hingga berstatus
janda menawarkan ‘barang’ personal tersebut.
Boleh kata, makin berbau kuat, semakin tinggi permintaan ke atas seluar dalam tersebut. Kedengaran
agak gila bukan?
Lucunya difahamkan, ahli dalam group tersebut juga dilarang menjual seluar dalam yang tuan
empunyanya mempunyai masalah kulit gatal atau kurap.
Sejak bila trend ini berleluasa, kami sendiri tidak dapat dipastikan? Apa yang pasti, gejala ini
semakin kronik dan sungguh menakutkan.