Tolonglah Kami Habiskan Tarawih Terakhir Tahun nih..




seorang anggota polis yang menceritakan satu pengalamannya ketika membuat satu road block,Tuan Edifice Casiolis polis yang bertugas di situ sendiri yang mengongsikan kisah beliau di muat naik beberapa jam lepas mendapat sambutan hangat dai pengguna media sosial.berikut kisahnya

CERITA SEMALAM

Smlm kerja tahan… org…(road block). ada brader dlm lingkungan 30an. bawa anak 3 org. umur 10,7 dan 4 tahun. dan isteri beliau. lima org satu motor..

saya tanya nak pegi mana? bahaya bawa ramai2 mcm ni. bawalah kereta.
brother tu terus bg i.c dan lesen dan hp dia. tp dia ckp …” encik ambik semua ni dulu.. kami mwmang tak ada kereta.. nt lepas terawih saya call dan ambik surat saman dari encik. sy bukan rasuah.. tp cagaran sementara .. sbb kami nak pergi masjid.. encik… mlm ni last terawih… tlglah kami utk kami habiskan terawih terakhir thun ni… ” .. terkedu aku dgr jwapan brother ni.. lantas aku suruh isteri dan anak2 beliau turun dr mtor tu naik kereta kerajaan yg ada lampu kat atas. aku hantar mereka ke masjid. aku serah balik brg2 brother tu. aku menangis peluk brother tu…

balik ke opis jam 1 pagi. aku masuk kereta inspira aku dan.. berfikir..’ Ya Allah .. aku terlepas terawih ramadhan terakhir… aku ada inspira. tp aku seorang yg naik.. brother td????.. aduss.. anak bini aku kat rumah sibuk dgn pakaian baru..

RUGINYA AKU.. TAK BAWA ANAK BINI AKU PERGI TERAWIH DENGAN INSPIRA AKU… SEBULAN TAK PERNAH PERGI… Ya Allah ampunkanlah aku…. engkau tunjukkanlah petunjuk pada aku sekeluarga.. Amin…..