Mereka terus biadap dan menghina Perdana Menteri. Tujuannya pastilah untuk memalu dan merendahkan maruah pemimpin negara kita. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dibuat terhadap seorang pengguna Internet yang memuat naik gambar mempersenda Perdana Menteri.
Dalam tweet beliau, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menjalankan siasatan terhadap penyiaran gambar biadap itu.
Gambar itu memaparkan gambar wajah Datuk Seri Najib Razak yang disunting seakan-akan gambar pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Hasmiza Othman.
Ia memaparkan Najib memakai tudung hijau dengan isyarat jari seperti gaya popular Hasmiza ketika mempromosikan produknya.
Khalid mengarahkan siasatan itu setelah seorang pengguna di Twitter meminta beliau mengarahkan tangkapan terhadap penyebar gambar itu.
Pengadu yang menggunakan DJStarscreamx itu turut mengetengahkan gambar lain yang mengejek Najib.
Gambar itu memaparkan dialog kononnya dinyatakan Najib: “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”.
Ia mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”.
Hasmiza kini sedang popular susulan hasratnya menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan mengenakan syarat stadium pasukan itu diwarnakan merah jambu.
Semakan di laman twitter juga mendapati pengadu bernama Fariz Bin Abd Aziz telah membuat report polis berkenaan gambar ini yang dilihatnya disebarkan di laman Facebook.

Related Posts :
Kisah AMRAN Basuh Toilet Rumah PM Ini Telah Buat Ribuan Manusia TERPANA INSAF !!!
Tengok dari problemnya nampak mcm kena seluk tangan dalam mangkuk jamban tu. Sebab Amran
nampak mcm ada penampakan tahi keras sebe… Read More...
PADAH..!!! Pakaian awek melayu keterlaluan yang tak sepatutnya berada di Tempat Umum..!! … Read More...
Kesian STACY, Sangup AKIM CAKAP Camtu, Hati Wanita Ni Memang MUDAH TERSENTUH !Selain Stacy, sebenarnya wujud orang ketiga di dalam hubungan mereka namun menurut Akim Ahmad, ia bukan penghalang untuk… Read More...
Saya Tidak Akan Letak Jawatan Kerana Saya Tidak Lakukan Apa-Apa Kesalahan
MUAR, Jumaat – “Saya tidak tahu berkenaan RM2.6 bilion itu,” kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, beliau han… Read More...
FOTO BERAKSI LUCAH, SIAPA DAJAL MIRA FILZAH?Sedang Miss K melepak dan menikmati minuman latte di sebuah kafe, Miss K menerima kiriman gambar menerusi aplikasi Whatsapp dari teman Miss … Read More...