PIHAK HOSPITAL TERJUMPA SURAT WASIAT TERAKHIR SEORANG IBU DI DALAM BEG TANGANNYA! TERLALU SYAHDU!!


SEPUCUK surat wasiat yang viral seminggu dua ini yang meruntun jiwa sesiapa yang membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang telah meninggal dunia Selasa lalu.
Lebih memilukan, selepas dua hari dia meninggal dunia, anaknya juga orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu.

Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit telah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam(RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis sepucuk surat wasiat yang mohon pertolongan kepada sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia.

Ini adalah kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian.

Arwah juga meminta supaya wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia sudah tiada.....

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Indera Kayangan Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin mencari dokumen pengenalan diri arwah...



"Memang wasiat itu adalah tulisan tangan arwah mak cik Bibi Meherniga...

“Awal tahun ini, arwah ada memanggil saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak menguruskan jenazahnya seandainya dia telah tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,”ujarnya.

Menurutnya, mereka juga pada mulanya tidak mengetahui kewujudan surat itu namun,  percaya arwah sering membawanya di dalam beg tangan...

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka pada hari Khamis...

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung........

Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)......

Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di sini, kini tinggal bersendirian......