Inilah PengAkhiran Cerita Sebenar Disebalik Kekusutan Along dah lama syak isteri berlaku curang dengan suami orang? Ini komen beliau..


Pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai isterinya Zila Seeron yang ditangkap khalwat jam 5 pagi, pada Sabtu lalu.
Memetik laporan Astro Gempak, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, hanya menjawab “maaf, saya tidak mahu komen”.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri seorang pelakon dan pelawak dicekup di rumah kekasihnya di Bukit Jalil awal pagi semalam.

Ketika tangkapan dilakukan, penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ketika serbuan, penguatkuasa JAWI meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.

Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Along dan Zila sedang di dalam proses penceraian.