Anak kedua pasangan itu Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4, masih trauma dengan kejadian tersebut dan sering bertanya di manakah ibu bapanya ini lah saat yang paling sayu kakak nya Amira serta keluarga menjelang aidil fitri minggu depan
Tahap kesihatan nenek Nur Firuza juga terjejas ketika ini dan situasi tersebut mungkin disebabkan rumah mereka tidak lagi menjadi tumpuan dan lebih sunyi berbanding semasa awal tragedi berlaku.
“Namun, anak pertama pasangan tersebut Nur Firuza Amira, 7, menunjukkan perkembangan positif dan mula ke sekolah seperti biasa berbanding adiknya yang masih trauma.
“Rumah mereka kini sunyi selepas pasangan tersebut tiada, orang ramai juga tidak lagi berkunjung, jadi saya rasa mereka agak sunyi sehinggakan kesihatan neneknya juga terjejas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semoga Amira dan Aqila tabah dengan dugaan yang berlaku dan mereka menyambut aidil fitri ini dengan keceriaan walaupun mungkin agak sukar bagi mereka - Al fatihah